Sebuah puisi untuk mu Kali terakhir kita berjumpa Adalah kali terakhir kita bersama Tiada masa untuk mereka Sebuah masa depan untuk dibina Kekadang masa kita bercakap Sesetengah ayat yang tidak dapat dilengkap Seperti berjalan tiada arah Sampai ke destinasi yang tidak bertujuan Setiap masa Ku berharap Agar kamu sentiasa bergembira Agar sesiapa menjaga hatimu Seperti Ku, pada masa itu Senyuman Mu yang manis, sangat Ku hargai Senyuman seperti itu yang membawa Ku ke arah tujuan Ku Tidak kira dimana jua Ku berada Senyuman itu Ku sentiasa berbawa bersama Satu hari Ku berharap Agar ada cara untuk membuka hatimu Walau tiada tujuan bergitu Tiada salah untuk Ku sentiasa berharap Mungkin Mu tidak tahu Bersama Mu adalah masa Ku hargai Kerana kamu telah menjadi cahaya di hidup ini Cahaya yang masih bersinar setiap hari

Sebuah puisi untuk mu

Kali terakhir kita berjumpa
Adalah kali terakhir kita bersama
Tiada masa untuk mereka
Sebuah masa depan untuk dibina

Kekadang masa kita bercakap
Sesetengah ayat yang tidak dapat dilengkap
Seperti berjalan tiada arah
Sampai ke destinasi yang tidak bertujuan

Setiap masa Ku berharap
Agar kamu sentiasa bergembira
Agar sesiapa menjaga hatimu
Seperti Ku, pada masa itu

Senyuman Mu yang manis, sangat Ku hargai
Senyuman seperti itu yang membawa Ku ke arah tujuan Ku
Tidak kira dimana jua Ku berada
Senyuman itu Ku sentiasa berbawa bersama

Satu hari Ku berharap
Agar ada cara untuk membuka hatimu
Walau tiada tujuan bergitu
Tiada salah untuk Ku sentiasa berharap

Mungkin Mu tidak tahu
Bersama Mu adalah masa Ku hargai
Kerana kamu telah menjadi cahaya di hidup ini
Cahaya yang masih bersinar setiap hari

“Maybe one day we’ll meet again when we’re different people. Maybe then we’ll be better for each other.”